Sabtu, 4 Disember 2010

Sedut oksigen perlu bayar kah?

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakhbar...

Mari bersama memuji kebesaran Allah S.W.T...
Kerana atas nikmat-nikmat yang bertebaran diberikan dalam hidup ini...
Terkadang kita lupa untuk mensyukuri nikmatNYA...
Ketika diberikan masa kesenangan, kita lalai untuk menggunakan masa tersebut dgn baik..
Kita lupa untuk mentaqarrubkan/mendekatkan diri kepada Allah...

Begitulah kehidupan....sentiasa menipu kita...
Bahkan ditambah lagi dengan godaan2 syaitan yang mempersonakan...
Sehingganya kita berjaya ditipu, dipujuk rayu untuk menuruti perintah sang syaitan ini...
Mari kuatkan diri kita dengan ilmu islam agar syaitan ini tidak dapat merobohkan, melalaikan dan menghancurkan nilai islam yang ada pada diri muslim itu...

Bangkitlah wahai saudara ku...


Sedut oksigen perlu bayar kah?

Ada dikalangan manusia pada hari ini memerlukan pam sedut oksigen ataupun lebih dikenali sbg inhaler... kenapa alat ini sangat diperlukan? adakah mereka ingin menambahkan stamina ketika bersukan? tidak, sudah tentu tidak..kenapa ya? tidak lain dan tidak bukan kerana mereka sedang menghadapi penyakit yang dikenali sebagai penyakit asma...penyakit ini  menyebabkan sukarnya untuk bernafas, rasanya sangat sesak sekali dada ini...namun, dengan adanya alat inhaler tersebut, dapatlah memberikan sedikit kekuatan untuk kembali bernafas seperti biasa.. tapi, ianya tidak dapat mengubati terus penyakit ini... kejadian ini akan terus berulang lagi.. tau tak berapa harga inhaler ini? paling murah pun dlm rm26...

Cuba lihat sedalam2nya pada diri kita ini..
masih lagi mampu lagi untuk menghirup dan menghembus nafas dengan baiknya..
itulah salah satu nikmat Allah yang kita patut syukuri..

Mari pula kita renungkan seketika..
Jika Allah SWT mengkehendakkan kita untuk membayar setiap sedutan oksigen yang kita sedut..
mampukah kita untuk membayarnya? tanya iman anda..
Kalau kita tidak mampu membayarnya? apa yang akan terjadi pada kita?
sudah tentu, kita tidak lagi dapat meneruskan hidup di atas muka bumi ini..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" [Ar-Rahman,55:77]

Hakikatnya, Allah SWT tidak berkehendakkan sedemikian..
Allah sangat kasih dengan makhluknya terutamanya kita sebagai manusia...
kita masih lagi diberikan kesempatan untuk merasakan nikmat-nikmat Allah ini...
kita mampu lagi untuk bergerak ke arah yang ingin kita tujui..

Tapi, ingatlah saudaraku...

Didalam kita menjalani kehidupan ini, kita sering lupa untuk mensyukuri nikmat2 Allah ini..
Ada kalanya kita dibuai dengan arus dunia moden yang sentiasa menguasai hawa nafsu manusia..
Ramai remaja di saat ini telah meletakkan cinta yang tidak sepatutnya...
mereka mengharapkan cinta manusia sbg cinta yg paling menyeronokkan dlm hidup..
cinta itu lah cinta yang terlarang sama sekali dan telah dimainkan oleh barat didalam pemikiran remaja..
sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri kerana cintanya tidak lagi diterima oleh manusia yang dicintainya.. kesudahan yang pastinya membawa ke pintu neraka...

"Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga Allah dan Rasulnya lebih dikasihi daripada lain-lainnya" [HR Bukhari dan Muslim]

Saudaraku,
Dimana letaknya nilai islam yang patut kita banggakan...
Pada siapakah cinta teratas yang perlu kita letakkan?
tidak lain dan tidak bukan, Cinta kepada ALLAH...

" Katakanlah (Muhammad), jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, maka Allah tentu mencintai engkau dan akan mengampuni dosa-dosamu." [Al-Imran,3:31]

Ayuh kembali melihat kepada nikmat yang kita kecapi sekarang ni..
boleh sahaja Allah menarik nikmat itu dengan sekelip mata..
boleh sahaja Allah mengambil nyawa kita pada hari ini,
Janganlah nanti bilamana kita berada dipenghujung hayat, baru nak bertaubat...
tidak ada taubat lagi di saat kematian itu..
sangat rugilah mereka seperti mana dikisahkan di dalam memori firaun..

“Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia, “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. Yunus: 90)


Akhir kalam,
wahai saudaraku,
marilah kita meletakkan cinta selayaknya kepada Allah kerana Allah masih lg kasih akan kita,
masih lagi diberikan kenikmatan hidup pada waktu ini,
sekali lg, mungkin kita tidak lg berpeluang untuk hidup pada hari esoknya..

Ayuh saudaraku,
tanamkan nilai islam pada diri kita,
dekatkanlah dengan kawan-kawan yang mampu memberikan nasihat untuk membimbing ke jalan yg di redhai Allah...moga2 kita dapat memperbaiki diri kita terlebih dahulu..inshaAllah...

Selasa, 16 November 2010

Episod Hadiah Istimewa





Seorang pelajar kaya telah pergi ke kedai haiwan kerana ingin membeli seekor burung kakak tua untuk dihadiahkan kepada ibunya sempena Hari Ibu.

“Saya sedang mencari seekor burung kakak tua yang bijak.” Kata pelajar tersebut.

“Kami ada menjual beberapa ekor burung yang sangat bijak. Adik boleh pilih je yang mana adik suka.” Peniaga kedai haiwan itu memberitahu..

Pelajar itu ternampak seekor burung kakak tua yang sangat cantik dengan harga RM2000 lalu bertanya: “kenapa burung ni mahal sangat?”

“Burung ni mahal kerana ia boleh bercakap dalam tiga bahasa dik.” Jawab si peniaga..

“oooo..”

Kemudian, pelajar itu melihat burung yang kedua tapi kali ini harganya lebih mahal iaitu RM4000.

“Kenapa pula burung ni harganya mahal daripada burung pertama tadi”

Peniaga itu menerangkan, “Yang ini lebih mahal kerana bukan sahaja boleh bercakap dalam lima bahasa, ia juga boleh menyanyi dan mengira.”

“oooo…”

Apabila melihat burung yang ketiga, pelajar itu terus tergamam kerana melihat harganya RM10000!!!

“Kalau yang pertama boleh bercakap dalam tiga bahasa, dan yang kedua pula boleh bercakap dalam lima bahasa, menyanyi dan mengira, yang ketiga ni boleh buat apa bang?”

“Terus terang saya katakan dik, sebenarnya saya pun tak tahu dan tak pernah tengok burung ini buat apa-apa kecuali diam saja.”

“Kalau begitu, kenapa harganya mahal sangat?”

“Macam manalah tak mahal dik. Burung kakak tua yang pertama dan yang kedua tadi panggil dia BOSS!!!”

Kesimpulan

Daripada kisah tersebut, dapatlah kita mengambil sedikit pengajaran yang bermanfaat. Dengan kelebihan yang ada pada gelaran yang hebat, manusia sering terpukau untuk mendapatkannya. Banyaklah puji-pujian yang dihamburkan dengan kehebatan itu sehingga merasa bangga dan memperkecilkan orang lain.

Bukanlah tujuan kita untuk mendapatkan kehormatan yang tinggi di kalangan manusia. Namun yang penting
adalah pandangan di sisi Allah S.W.T dengan amalan dan hati yang bersih beribadah kepadaNya. Inilah penilaian yang sebenar di sisi Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat wajah atau harta (amwal) kamu tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu" (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a, Sahih Muslim Jil. IV, kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, hadith no. 6221)

"Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya hati" (Hadith riwayat Imam Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a, Sunan Ibn Majah Jil. IV, Kitabb al-Zuhd, bab al-qana'ah, hadith no. 4137)

Sumber: Koleksi Kisah Ceria Pengasih Akhlak Mulia, Ghafarullahhuddin Hj Din (Prof. Madya di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam).

Ahad, 31 Oktober 2010

Pogram Ukhwwah: BBQ di Bukit Cerakah..

Alhamdulillah syukur ke atas illahi atas limpahan kurnia yang tidak terhitung banyaknya..
Pada (16/10/2010) ikhwah uitm Shah Alam telah menjalinkan dan mengukuhkan ukhwwah diantara kader2nya..
Program BBQ ini diadakan selama sehari semalam..

Kenangan-kenangan terindah menyinari suasana..
Moga ikhwah2 terus tsabat dalam perjuangan demi meraih keredhaan Allah.. gencarkan!!!

 Mabit di Surau Syeksen 2 bagi mengisi ruhiyah diri


Akh Faris menunggang kuda hitamnya berangkat ke medan jihad. 
Akh Hadi dari tepi membantu dgn pedang merah di bahu.


Membuat perancangan yang pertama untuk aktiviti riadah perut..

 
Kelihatan penat selepas melakukan aktivitis lasak 
"Cap kali cap kali cap 3x"


 Proses menghidupkan api untuk perangkap samar 'musuh'.
Akh Hadi menggunakan jurus 'fokus' nya.
Manakala Akh Adib dan Akh Faizal terus menyumbangkan tenaga.

 Akh Aizad dan Akh Anas sedang memikirkan bagaimana 
mengalahkan musuh-musuh itu.



Atas cadangan  Akh Anas, akhirnya akh Aizad terus saja
meng 'goco' musuh-musuh tersebut.

"Ya 'goco' sama dia," slogan akh Faris


Nampaknya perangkap samar beralih ke tempat yang lebih strategik.

Akh Hadi terus menyumbangkan jurus 'fokus' nya

Nampaknya 'musuh2' itu telahpun dipanggang


Tidak sabar kamu ya!!!


Roti pun roti lah... 

Aktiviti riadah perut ke-2 siap dilaksanakan..
gomo kelate gomo..

Alhamdulillah.. syukur... (tengok perutlah!!) 

p/s: Moga antum teruskan perjuangan untuk UiTM..



Jumaat, 22 Oktober 2010

Mahasiswa asing?

Bismillahirramanirahim...

Situasi 1


"Hai Jo, gembira nampak?"..
"Biasalah Pok, hari ni perkara yang sangat mengembirakan diriku. Hehehe.."
"Apa yang gembiranya? Mesti perkara best ni kan".
"Yalah, inilah first time dalam hidupku setelah lama aku nanti-nantikan. Bukan macam kau, kau memang dah lama dengan si dia. Tapi tak apalah, yang penting aku dah dapat dengan perempuan yang aku idamkan selama ini. Yahoooo..."
"Memang gembira betul lah kau ni. Tahniahlah. Last sem ni kan, dapat juga kau couple akhirnya."
“Yalah Pok. Bukan macam kau tu, berapa banyak sudah awek yang kau dapat. Kalau dikira-kirakan, rasa-rasanya sudah 3 kali kau bertukar awek waktu degree ni. Memang terer tul lah kau ni.”
“Macam mana juga Jo, dah memang aku hensem sangat, mesti ramai awek yang minat kat aku. Tapi apa-apa pun, tahniah sekali lagi atas kejayaanmu ini”
“ TQ Pok, tapi kalau bukan sebab kau yang ajar aku selama ini,mungkin aku tidak akan berjaya menarik hatinya.. teknik kau mmg berkesan lah, first class punya”
“ Tengok kaki lah Jo. Tapi kan, aku hairanlah, apsal si Awang tu, sejak dari awal sem degree, tak pernah pun aku nampak dia jalan dgn perempuan, apsal Jo?”
“ Yalah, aku pun hairan juga.. dia tu, tgk rupa paras, mmg hensem juga, aku dgr ramai perempuan yg minat dengan dia, tp dia saja yg tak nak.. jual mahal la konon..mmg asing betul dia tu”
“ Apa kata kita gelar dia Mahasiswa Asing…amacam?”
“ Betul gak tu… Cadangan yang mantap.”
“ Ah itupun dia si Awang, nak ke mana pulak dia tu?”
“ Hai Awang, mu nok gi mano?”
“ Assalamualaikum Jo, Pok… oo.. Aku nak pergi library ni, nak study, kan exam seminggu lagi, jom kita study sama-sama.”

Sumber

 
Situasi 2

"Assalamualaikum Jo, gembira nampak?"..
"Waalaikumussalam. Biasalah Pok, hari ni perkara yang sangat mengembirakan diriku. Hehehe.."
"Apa yang gembiranya? Mesti perkara best ni kan".
"Yalah Jo, inilah first time dalam hidupku setelah lama aku idam-idamkan. Demi mencari keredhaanNya, alhamdulillah, aku dapat juga mengkhatamkan al-Quran dalam bulan ramadhan lepas. InsyaAllah, moga-moga amalan ku ini diterima. Amin.”
“Alhamdulillah Pok, tahniah atas usaha kau selama ini, mudah-mudahan usaha kita ini menjadi titik tolak untuk meneruskan amalan membaca quran setiap masa dan dapat mengkhatamkannya sebulan sekali. Boleh Pok?”
" Boleh bah kalau kau. InsyaAllah, aku akan teruskan. Aku sangat berterima kasih kepada kau Jo atas tunjuk ajar kau selama ini. Kau lah yang selalu mendampingi aku dan memberikan nasihat tentang kepentingan membaca Quran. Aku rasa hati ini menjadi tenteram dan sangat tenang.  Doakan aku ya Jo agar aku terus istiqomah”
“ InsyaAllah Pok. Kita doa bersama-sama,”
“ Macam mana target kau Jo ramadhan lepas? konfem targetnya tercapai kan. Siapa yang tak kenal dengan Syeikh Jo ”
“ Alhamdulillah Pok. Bulan ramadhan lepas aku dapat juga menghafal 3 juz Quran. InsyaAllah akan diteruskan untuk beberapa juz lagi di bulan ini.”
“ Subhannallah Syeikh Jo, sungguh hebat kamu ya, dapat hafal 3 juz, aku kagum dengan kamu”
“ Tapi yang pentingnya Pok, apa jua amalan yang kita lakukan ini kita sandarkan kepada Allah s.w.t dan ikhlaskan lah diri dalam menjalankan perintahNya.”
“Yalah Jo.. aku sangat bersyukur dengan nikmat islam dan iman yang kita ada ini.. Bersama-sama lah kita mendoakan agar hati kita sentiasa ikhlas melaksanakan perintah Allah demi mencari keredhaanNya..”
“ InsyaAllah Pok, we will find our ways.”



Kesimpulan: 

Begitulah sketsa pendek yang memberi makna sebenarnya… di dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dan juga bergelar mahasiswa IPT, perbualan yang bagaimana sepatutnya kita bicarakan.. adakah kita hanya berbual kosong dan tidak memberikan manfaat kpd orang lain.. perbincangan tentang study itu amat perlu, tetapi bilamana diselitkan dengan perbualan yang tidak kena mengena dengan study, maka perbincangan kumpulan tersebut akan menjadi sia2 belako… 

Kehidupan mahasiswa IPT adalah kehidupan yang bermindakan ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan rakan2 sebaya yg duduk di luar pengajian kampus… tetapi melihat keadaan sekarang, pemikiran mereka seakan2 sama… ada yang bercerita mengenai awek dan pakwe… tetapi segan pula untuk berkata isteri ataupun suami.. sebab apa ya? Agak-agaknya… rasa-rasanya.. jawapannya adalah pemikiran… bila kita berkata awek atau pakwe, sudah tentu mindset berkata-kata “ belum tentu dia menjadi suami/isteri ku”… itulah dia pemikiran.. pemikiran siapa? Siapa lagi kalau pemikiran yang diambil bulat2 dari barat… 


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Surah al-Baqarah, 2: 120)

Berbeza pula dengan mahasiswa yang masih mengekalkan pendiriannya bahawa cinta selepas nikah adalah cinta yang membawa kpd keredhaanNya seperti diutarakan oleh ustaz-ustaz di ceramah2 mereka… dan ada dikalangan mahasiswa berasa hairan dengan mahasiswa seperti ini, sehinggakan bertanya “ada awek ke?” bila dikatakan tidak ada, ada yang merasa ganjil, asing dan pelik… pelik ke? Siapa yang pelik sebenarnya ni… MAHASISWA ASING …     
   
Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang asing tersebut.” (Riwayat Muslim)

Pertanyaan ini bukanlah asing sebenarnya dikalangan mahasiswa sekarang… kalau boleh tiap2 hari ada saja kedengaran.. tetapi asingnya perbualan itu apabila kita bertanyakan mengenai kehidupan islam yang syumul…  Puasa sunat tak hari ni? Berapa juz dah bacaan Quran minggu ni? Ramadhan lepas dapat khatam Quran tak?... apabila bertanyakan soalan seperti ini, ada yang hairan dan terkejut….. dan mungkin ada yang berpandangan “si Awang ni berlagak jak”…  ganjil kah pertanyaan2 tersebut… kenapakah kita lupa untuk mensyukuri nikmat islam dan iman yang kita ada… dan apabila diajak untuk berbuat kebaikan kita merasa sangat berat seperti memikul batu saiz gajah… So, we should proud to be a Muslim because we are the best ummah.. marilah berbuat kebaikan kerana kebahagian hidup di dunia ini adalah sifatnya sementara saja tetapi kebahagian hidup di akhirat itulah yang perlu kita kejarkan…


“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”(Surah al-Imran, 3:110)

[p/s: maaf, terdapat bahasa yang bercampur-baur.. 1Malaysia bah..]

Jumaat, 17 September 2010

Maaf Zahir dan Batin..

Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah...
Syukur kehadrat Allah..
Baru dapat menulis semula di blog ini..
lama juga lah tidak berkongsi ilmu...
3 minggu juga la..

Jadi, dikesempatan bulan syawal ni..
Saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat...
ikhwah-ikhwah, sahabat andai, dan juga yang mengenali saya..

Moga-moga output hasil daripada madrasah ramadhan yang kita lalui berjaya disemai dalam diri kita..
Iaitu "TAQWA"...
Seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran Karim...


Mari muhasabah diri kita..

p/s: Alhamdulillah, baru sampai di UiTM...

Sabtu, 21 Ogos 2010

MUHASABAH DIRI..

Alhamdulillah..
Syukur terus kepada Allah atas limpahan nikmat yg diberi...

Pejam celik dan terus memejam celik...
masa berlalu dengan pantas sekali..
tiada sesiapapun yang dapat menghentikan masa walaupun sesaat..
kita tidak boleh menggunakan lampu isyarat utk mematikan pergerakan masa..
hanya Allah s.w.t shj yg mampu menghentikannya..

Di bulan ramadhan yang mulia ini..
kita telah menjalani ibadah puasa selama 11 hari..
mari kita muhasabah diri ini..
adakah amalan kita semakin bertambah ataupun semakin berkurang..
nauzubillah..

Kalau semakin berkurang, mari kita perbaikinya..
masa belum lg terlambat utk mengejar bonus-bonus pahala di pasaraya ramadhan ini...
jgn sampai ramadhan melabuhkan tirainya..

terkesan dengan hadis ini..


"Malaikat Jibril berkata ‘Celaka seseorang yg masuki Ramadan tetapi keluar darinya sdg DOSANYA TIDAK DIAMPUN oleh Allah’. Lalu Nabi diminta utk berkata ‘amin’ & Nabi mnyebutnya (Erti dari hadis sohih). 

Demikian besar BAHAYA BERLENGAH, BERMALASAN & TIDAK AMBIL PEDULI utk memohon pengampunan di bulan mulia ini. Pohonan keampunan Allah perlukan BUKTI amal fizikal & hati. Sudahkah kita tunaikan spnjng 11 hari lalu?



moga jadi ikhtibar bersama..
kita renungkan dan ambil ikhtibar bersama..
sekian..
wallahuallam..







Isnin, 2 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan...

 





Assalamualaikum W.B.T

Teruskan memuji kebesaran Allah S.W.T...
yang telah memberi nikmat-nikmat kehidupan...

Alhamdulillah..
Saudaraku sekalian..
beberapa hari lagi, kita akan menemui kedatangan ramadhan...
Ramadhan yg sentiasa dirindui oleh orang-orang beriman...
dan sentiasa ditangisi apabila berakhirnya ramadhan..

Jadi saudaraku..
marilah kita mempersiapkan amal ibadah terbaik agar ramadhan pada tahun ini dapat dilakukan dgn sebaiknya...
Kalau tahun lepas kita tidak dapat manfaatkan ramadhan dengan sebaiknya..
InsyaAllah, di tahun 1431H ini, kuatkan semangat...

Ayuh saudaraku...tanamkan keazaman untuk gembira meraihkan kedatangan Ramadhan ini..
Kita meyakini di bulan ini la, kita akan mendapat bonus pahala berganda-ganda (berbaloi-baloi) dgn sentiasa mengikhlaskan diri kerana Allah...

Disini saya berkongsi persiapan-persiapan yang perlu kita lakukan demi memperoleh bonus ibadah drpd Allah S.W.T... Persiapan ini adalah saranan daripada Ustaz Zaharuddin...

BULAN RAMADHAN, BULAN BONUS

Gandaan pahala di bulan ramadhan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut :

"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.


9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Sekian dan Ramadhan Kareem..

Zaharuddin Abd Rahman

credit: http://www.zaharuddin.net

Ahad, 18 Julai 2010

Perkongsian: Khutbah Jumaat





Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk mu ya Allah..
Tuhan sekalian alam..

Pada hari jumaat 2 minggu yang lepas, saya dapat juga mendengar khutbah jumaat yg disampaikan oleh ustaz Idris, penasihat agama UiTM.... lama juga tidak mendengarkan khutbah beliau.. saya begitu tertarik ketika mana ustaz idris memberikan khutbah... kelantangan suaranya menyebabkan bergetarnya gegendang telinga...

Beliau lah yang saya nanti-nantikan untuk memberi khutbah... setiap kata-kata beliau tertusuk didalam hati ini.. penyampaian beliau juga menyebabkan saya sepenuhnya mendengar khutbah jumaat hingga akhirnya..

khutbah jumaat yg menekankan tentang masalah sosial yang berlaku di Malaysia semakin rumit...
setiap tahun, kes masalah sosial ini terus meningkat dengan mendadak...
perbezaan statistiknya sgt jelas skali...
terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini..
menurut kajian yg disampaikan oleh ustaz Idris, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya masalah sosial tersebut..

lihat sahaja di IPT, manusia yg plg rapat dgn kita adalah rakan kita..
terpulang kpd kita sama ada mau memilih rakan yang baik ataupun rakan yang inginkan kebebasan..
yalah, kalau dulu di sekolah mahupun di matrikulasi, kita masih lagi ada sekatan-sekatan yg perlu diikuti..
peraturan2 dan sebagainya....namun ianya berbeza sekali di IPT, kita mmg bebas... nak buat apa pun bleh...
nak keluar malam,pun boleh...apa2 pun boleh..

Marilah sahabat2, carilah teman yg mampu memandu kita ke jalan yang diberkati Allah...
insya-Allah... agar hati kita ini sentiasa dilontarkan dengan nasihat2 agama yg baik.. kerana agama itu adalah nasihat...

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Selasa, 6 Julai 2010

Selamat Datang mahasiswa baru dan lama...



Assalamualaikum W.B.T...
Alhamdulillah... terus dipanjatkan kesyukuran ke atas-NYA...

Pertamanya diucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yg akan bergelar mahasiswa pada tahun ini... diharapkan kedatangan adik-adik mahasiswa sekalian akan membawa sinar baru kepada IPTA/IPTS masing-masing... yg membawa kepada kebaikan, bukannya keburukan..insyaAllah..ameen..

Kepada pelajar lama pula, teruskan perjuangan untuk menuntut ilmu sehingga akhir hayat... pastikan semester akan datang lebih baik dari semester lepas...teruskan berdoa memberkati hidup ini..

Alhamdulillah sekali lagi,

Mahasiswa yang dihormati sekalian,
Marilah kita muhasabah diri terlebih dahulu...
Apakah tujuan utama kedatangan kita ke IPTA/IPTS?
Adakah kerana suka-suki ataupun ingin menambah ilmu ataupun ada hal yg lain?
Mari renungkan bersama...

Kita sering lupa apa sebenarnya tujuan kita datang ke universiti.. apabila ditanyakan soalan kepada mahasiswa.. ada yang menjawab,
"Saya belajar supaya boleh mencari kerja yang baik di masa hadapan"...betul juga tu..tapi cantiknya bila mana kita menanamkan keikhlasan niat dalam diri terlebih dahulu demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T...
itulah tujuan sebenar hidup kita sebagai seorang hamba Allah... cari keredhaan-NYA...

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk mengabdikan kepada-KU" 
[Surah Adz-dzariyat, 51:56]

Menuntut ilmu juga merupakan salah satu ibadah kepada Allah... bagaimana? mudah sahaja...
Tapi biasalah manusia, sifatnya yang memang pelupa...
Pertama,kita niatkan ikhlas kedatangan ke IPT adalah untuk meningkatkan kualiti ilmu demi meraih keredhaan Allah... ianya akan lebih bermakna dlm kehidupan seharian sebagai seorang muslim..banyak manfaatnya...
i. apabila pergi ke kuliah dengan hati yang ikhlas,insyaAllah akan dikira sebagai satu kebaikan yang akan dinilai olehNYA...
ii. hidup ini akan sentiasa tenang dan tenteram..
iii. ilmu-ilmu yg dilontarkan oleh pensyarah akan mudah disambut dan meresap ke dlm jiwa..

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Namun demikian, kita dapat lihat pada hari ini...
seolah-olah, mahasiswa dalam keadaan terpaksa untuk menuntut ilmu...
ketiadaan ikhlas itulah punca utamanya...

Apakah kesannya jika ketiadaan ikhlas dlm menuntut ilmu?
lihat sahaja masalah sosial yang semakin teruk yang dihadapi oleh masyarakat sekarang..
Hati manusia bertambah sakit..
kelihatan terpapar di dada-dada akhbar kes pembuangan bayi di merata tempat dan kes anak luar nikah...
tidak ketinggalan juga kes rasuah yg berleluasa...

Jika difikirkan...golongan yang paling ramai berbuat dosa besar ini adalah dtgnya dari golongan yang berpelajaran tinggi..siapa lg kalau bukan golongan mahasiswa ataupun yang pernah bergelar mahasiswa...
Dari situ kita nampak lihat, tidak ada tujuan yang sebenarnya dalam menuntut ilmu...
kita tidak perlu menyalahkan mereka sepenuhnya..
kemungkinan tidak ada saudara yang dapat mengingatkan mereka ini untuk kembali kepada Allah..
manusia mudah lupa...(bukan melayu ke?)

Akhir kalam,
Mahasiswa yg dihormati,marilah kita bersama-sama...
Tanamkan sentiasa benih ikhlas dalam diri supaya buah kebaikan akan terus bercambah untuk akhlak kita...
Mahasiswa lah yg akan mencorakkn negara di masa hadapan..

Jangan kita lupa juga,
Ubatilah hati yg cedera ini dgn mendekatkn diri kpd Allah..
Carilah sahabat-sahabat yng mampu mengingatkn kita ttg kebesaran Allah dan perintahNYA..
sentiasa berdoa agar hidup ini diberkati di dunia mahupun di akhirat..

Ayuh mahasiswa,pancangkan keikhlasan dalam menuntut ilmu..

Isnin, 28 Jun 2010

Talian Hayat MU..terus dilupakan..





Assalamualaikum kpd saudara dan saudari yg dihormati oleh Allah,

Alhamdulillah, puji-pujian hanya terus diberikan selayaknya kpd Allah S.W.T,

Bulan ini saya termotivasi dengan sedikit tazkirah dan peringatan yang diberikan oleh ustaz Pahrol di radio ikim.fm..(Bangga jugalah dengan kewibaan beliau kerana beliau merupakan bekas pelajar UiTM)...
Sesosial-sosial UiTM itu, dapat juga melahirkan seorang pendakwah yang mampu memberikan peringatan bermanfaat kepada umat islam khususnya di Malaysia...
Moga-moga, keperibadian beliau terus dijadikan contoh dan seterusnya melahirkan ramai pendakwah yg datangnya dari UiTM...insyaAllah...


Talian hayat.. itulah antara satu main point yang saya tangkap ketika mendengar motivasi beliau..
Masyarakat pada hari ini lebih gemar mencari makanan untuk fizikal tubuh badan mereka,
apabila lapar, terus sahaja menyambar makanan yang terhidang di dapur atau dalam peti sejuk...
kita akan gelisah bilamana makanan tidak kelihatan dihadapan mata...

Tapi, saudara dan saudari,
kita sering lupa untuk mencari makanan dalaman ataupun rohani yang mmg diperlukan oleh hati kita yg sentiasa berbuat dosa ini...dan akan menjadi malap..

Jadi untuk mengilap hati itu kembali bersinar, ubatilah ianya dgn solat...
yang pada hari ini, solat tidak lg dititikberatkn dalam kehidupan umat islam..

masyarakat sekarang sangat kompleks..
environment dunia telah menghantui kita..
bahkan, kita akan menjadi tidak tenteram apabila kehilangan barang yang penting ataupun yg disukai..
itulah dunia, yang sentiasa menipu kita..

".... Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." [3:185]


Jelas sekali ianya berbeza pula dengan talian hayat kita dengan Allah iaitu SOLAT..
kita tidak merasakan solat itu seperti kehilangan barang yg penting dan yg disukai itu...
apabila saja hilang,kita terus risau..tapi, solat, tidak pula dirisaukannya...
malahan, terus sahaja melupakan untuk tidak menunaikan solat...Astaghfirullah..

Sekali lagi, janganlah hidup kita ini terus melupakan talian hayat Allah..
Sedikit perkongsian ini akan dpt memberikan sedikit kesedaran terhadap diri yg lemah ini..