
Adtaptasi dari cerpen umair zulkefli(umairzulkefli.blogspot.com)
VERSI SABAH BAH….
Pernah dulu bah, aku rasa diri ni ndak berguna betul la..
Di dalam kelas jak, kawan-kawan pun ndak suka…
Kalau mau join dorang jak, dorang kata aku ni penyibuk..
Lepas tu ada yang kata aku ni emosi juga..
Sikit-sikit pun mau marah kah…
Padahal aku mau tegur jak dorang sebab buat bising dalam kelas kan….
Lepas tu aku cari jalan lain pula macam mana mau tarik perhatian dorang ni…
Aku pun buat cerita lucu la di depan kawan-kawan… waktu tu dalam kelas…
Paling gembira aku tu kalau ada kawan-kawan suka dan ketawa bila dengar cerita lucu ku…
Terutamanya siapa lagi kalau bukan pelajar-pelajar perempuan la…
Yang budak lelaki pula kata aku ni mau cari nama saja kononnya mau terkenal la…
Tapi aku ndak kisah bah tu semua…
Asalkan ada yang terhibur sudah….
Tapi aku rasa diri ni macam kosong jak..
Memang lah bah tu,lumrah manusia kan…
Apabila seorang lelaki tu tengok wanita jak, mesti dia tertarik bah tu…
Lagi-lagi yang cantik bangat…
Macam itulah aku rasa….
Aku tengok kawan-kawan ku ada sudah yang ada ‘cewek’…
Kalau di asrama, dorang smsssssss jak…
Sampai pagi lagi tu..
Ada pula yang telepon cewek tu satu malam saja…
Bolehnya habis 10 ringgit…
Aku pun berfikir sekejap….
“ Perlukah aku bercinta dan ada cewek?”
Aku cemburu juga dengan kawan-kawan lain bah kan…
Apa lagi dengan akal aku yang pandai ni waktu belajar di tingkatan 4…
Aku pun teruslah berazam mau cari cewek juga…
Dan ketika itulah aku kenal kau…
Aku sudah rasa yang aku sudah jumpa orang yang paling penting dalam hidupku ni…
Mula-mula kau jual mahal juga…
Tapi aku ndak kisah bah tu… aku mau beli juga kau…
Bah akhirnya, dipendekkan la cerita..
Aku pun mulalah BERCINTA… dengan kau
Orang tua-tua kata BERSINTA la…
Fuyooo.. waktu bercinta tu… aku memang bersemangat bah…
Aku rasa aku lah pahlawan bajau yang terakhir…
Apa orang mau kata, kata lah… peduli apa kau sana…
Hahaha….
Aku selalu telepon kau, kau pun selalu juga telepon aku…
Ber’gayut’ jak malam-malam… kadang-kadang, habis juga kreditku…
Bukan RM5, RM10 bah habis….
Tapi aku ndak juga mau berkira sangat…
Sebab itulah yang boleh aku panggil sebagai PERGORBANAN ku untuk kau…
Masa bercinta tu, bah memang indah bah…
Boleh dikatakan semuanya kira indah la….
Kalau kau korek tahi hidung depan aku pun aku rasa indah juga tu….
Sikit-sikit, gurau-gurau…
Sikit-sikit, ketawa-ketawa…
Kalau merajuk jak, aku pujuk kau, kau pujuk aku…
Kalau hari jadi pula, kita sambut sama-sama…
Huiiiiiii,kira indah la….
Dalam diri ku ini, memang sangat bahagia la…
Sebab waktu tu lah aku rasa diriku ni dihargai oleh kau..
Pernah juga aku terfikir…
Biarlah kawan-kawan ku tu kata aku macam-macam,
Jelling-jeling ka…
Asalkan kau memahami aku, cukuplah tu…
Satu hari tu, aku pergi dengar ceramah di surau,
Alhamdulillah… Bagus juga ceramah tu…
Aku pun mula sedar yang aku ni banyak buat dosa sudah…
Aku pun janji, aku mesti berubah…
Aku rasa hidup aku ni mesti ikut ajaran Islam yang sebenarnya…
Aku mesti jadi baik… memanglah kan…
Kalau ditanya dengan macik-macik..
“ Mau kah macik jadi macam perangai adik si Nur Amina tu yang dalam cerita Nur Kasih tu bah”
Mesti jawapan macik tu ‘ndak’…
Sebab apa? Sebab manusia tu menginginkan kebaikan..
Semua orang mau masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu, aku mula sudah dekat-dekat dengan masjid….
Mula sudah baca Al-Quran semula…
Selalu solat jemaah awal waktu…
Dan juga selalu dengar tazkirah-tazkirah ustaz….
Aku pun beli juga terjemahan Quran sebab mau tadabbur(menghayati) apa yang aku baca dalam Quran..
Aku beli dua, satu untuk kau, satu untuk aku…
Aku ndak mahu aku ja yang jadi baik…
Jadi, aku pun ajak kau sekali…
Aku ajak kau baca Al-Quran…
Aku bangunkan kau waktu subuh…(calling-calling bah..)
Dan juga aku ajak kau bagi tazkirah…
Mula-mula tu kau terkejut (terkazut) juga dengan perubahan ku….
Kau ingat aku mau jadi alim sudah, mau berhenti ber’cewek’…
Aku kata kita bukan buat benda yang salah…
Kita bercinta kerana Allah…
Kita ber’cewek’ bukan macam orang lain…
Oran lain ber’cewek’ jiwang-jiwang…
Lepas tu ada lagi yang buat maksiat…
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lah bah…
Tapi kita bercinta baik-baik ja…
Menjaga batas-batas syara’…
Tiada guna ayat jiwang-jiwang…
Janji ndak mau jumpa, sebab takut berlaku maksiat…
Cuma sms dan call ja…
Dan kau terima perubahan ku ini..
Aku pun banyak juga nasihat kau..
Jangan derhaka ibu bapa..
Mesti belajar betul-betul….
Kau pun terima..
Walaupun kau kadang-kadang merajuk juga sebab teguran ku yang amat pedas..
Tapi aku faham, perubahan kita memerlukan masa..
Dan akhirnya aku rasa ..
Hubungan kita semakin diredhai…
Aku juga selalu berdoa supaya hubungan kita kekal sampai ke gerbang perkahwinan…
Dalam proses mahu berubah ni,
Aku mula sedar sudah, bahawa dakwah itu wajib bagi seorang bergelar muslim…
Kita kena menyampaikan kepada orang lain tentang kebenaran islam…
Kalau kita ndak berdakwah, matilah kita…
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak…
Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-A’raf
Surah 7 ayat 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu aku mula sudah bagi tazkirah…
Tegur siapa-siapa jak yang buat silap..
Saya ndak boleh tahan juga bila ada orang buat salah/dosa…
Geram betul lah…
Aku mesti tegur…
Tapi mesti berhikmah la bah…
Selemah-lemah iman tegur dengan hati ja, oleh sebab aku mau jadi orang yang kuat iman…
Apa lagi… aku tegur jak depan-depan dorang..
Peduli la… yang penting aku buat untuk kebenaran..
Pada satu hari tu,
Aku ada terbaca pasal artikel ber’cewek’ ni…
“COUPLE (BERPASANGAN) HARAM”
Aku ndak percaya…
Tapi bila aku baca betul-betul artikel yang dia bagi…
Ada juga betulnya..
Huhu…
Tapi biasalah bah kan..
Kalau kita suka satu benda tu..
Konfem,kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..
Aku pun pura-pura la ndak tau pasal benda tu semua…
Yang aku tahu…
Teruskan saja hubungan kita..
Kita mana ada buat maksiat..
Mana ada jiwang-jiwang..
Cuma ambil berat jak masing-masing…
Tanya khabar mu…
Borak-borak..
Kita bagi tazkirah lagi..
Bah, apa yang haramnya di situ?
Ndak kisahlah tu semua..
Masa demi masa…
Ianya terus berlalu di lautan sulu…
Waktu tu, SPM Trial pun hampir tiba..
Tiga minggu lagi tu sebelum trial…
Dalam masa tu la, aku memang rajin study dengan kawan…
Buat study group…
Dan dalam group discussion juga, aku bagi tazkirah…
Ada yang terima dan ada juga yang buak ndak tau…
Kadang-kadang bila aku tegur…
Aku kena marah pula…
Macam-macamlah alasan dorang….
Ada yang kata…
Aku ni ndak menegur secara berhikmah..
Ada yang kata pula aku ni menunjuk-nunjuk pandai…
Tapi ndak kisah la tu…
Yang penting, aku ada tempat untuk mengadu…
Huhu…
Satu masa…
Ketika sedang menghayati Al-Quran seorang diri…
Aku pun terjumpa ayat ini….
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Aku pun berfikir sekejap…
“selama ni aku tegur orang ja,
Tapi aku sendiri pun masih banyak kekurangan juga,
Cepat marah, suka buang masa,
Dan dosa-dosa lain yang masih dilakukan,
Macam mana ya?”…
Lepas tu pula,
Terjumpa lagi ayat ni…
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba terfikir lagi..
Terfikir tentang kritikan kawan…
“alah kau tu..trip2 jak..pandai jak cakap…gaya alim,tapi ada cewek juga… kau sama jak dengan kami…mau tegur orang konon… tengok diri mu dulu… apalah..”
Berfikir lagi..
Betulkah ber’cewek’ ni haram? Boleh ka tidak?
Adakah selama ini aku menganggapnya boleh?
Habis tu, kenapa aku mau malu bila mama dan bapa ku
Tahu aku selalu berhubung dengan seorang perempuan?
Dan terkadang aku rasa bersalah juga…
Macam-macam lah yang aku fikirkan…
Di pendekkan lagi lah cerita ni….
Aku pun ke Kota Kinabalu,tmpat pacikku tinggal…
Tapi bukan mau ke rumahnya,
Tapi Mau menyertai satu seminar dakwah di KK…Naik bas jak...
Aku berharap lah dengan seminar ni, aku dapat menambahkan lagi kefahaman dakwahku dengan mantap….
Dalam perjalanan ke KK,
Aku masih lag isms dengan kau di dalam bas…
Sempat lagi mau pesan-pesan , jangan lupa baca Quran hari ni, solat mesti awal waktu…
Dalam fikiran aku juga,
“ndak apalah sms, ini kira berdakwah juga…saling ingat-mengingati…”
Majlis malam tu berakhir dengan sesi perkenalan…(ta’aruf)
Pukul 10 malam, semua peserta boleh buat apa-apa aktiviti jak…
Lagipun kami semua penat sudah…
Ndak perlu la bah dipanjang-panjangkan program sampai ke tengah malam pulak…
Pihak penganjur pun mesti faham ‘kepanatan’ kami ni…
Tiba-tiba hatiku ni tergerak pula mau bertanya dengan fasilitator yang ada di situ…
Aku rasa inilah masa yang paling baik untuk bertanya pendapat dia pasal ber’cewek’ ni…
Tapi, gementar juga aku mau tanya…
Sebab aku masih lagi berfikir…
‘kalaulah betul ber’cewek’ tu salah… habis tu aku mau buat macam mana?
Aku mesti clash ka?
Alah,, buat apa aku mau fikir macam tu…Tanya ja lah…
Kalau ndak buat salah, apa mau ditakutkan?”
Apa lagi, aku pun pergi ke tempat abang fasilitator tu…
Waktu tu,dia sedang membelek-belek terjemahan al-Quran seorang diri…
“Assalamualaikum, bang, aku mau tanya sikit bah, boleh kah?”
“ Boleh bah… duduklah dulu. Adik mau tanya apa ni?”
“Er.. macam ni bang, sebelum aku terlibat dengan program dakwah ni, aku kenal satu orang
Kawan ni, sumandak(perempuan) lah. Tapi bukan setakat kawan jak..rapat juga lah. Bukan rapat biasa-biasa,tapi memang rapatlah..”
“Bercinta ka?”…
Aku malu mau cakap yang aku ni ber’cewek’ sudah….
Nanti apa pula abang tu cakap.. mesti dia marah aku ni…
Aku pun angguk lah sebab betul kan…
Lepas tu aku pula tanya abang tu…
“Sebenarnya, bolehkah kita ber’cewek’ ni bang?”
“Adik, memang fitrah manusia tu,lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga tu, perempuan akan tertarik dengan lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan kita tu perlu dikawal dan ada batas-batasnya…
Pergaulan kita perlu dijaga… Allah berfirman di dalam surah Al-Isra’,surah ke 17 ayat 32;
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
“ Tapi bang, aku ndak nampak pun yang kami ni menghampiri zina . niat kami baik bah. Aku cuba sudah sedaya upaya ku untuk mengawal hubungan kami. Kami sms pun ndak juga jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi,hari ni aku bagi tazkirah,lepas tu besok dia pula yang bagi, mana ada jahatnya..”
Aku ndak mahu mengalah…
Biarlah abang tu yang berfikir sendiri…
“ Memang betul niat adik baik, tapi adik mesti ingat, niat ndak pernah menghalalkan cara.
Yang batil tetap saja batil, yang benar tetap benar…cuba tengok ayat ni.”
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
“Adik, kalau kamu faham ayat ni,sebenarnya apa yang berlaku pada adik ialah, syaitan sudah buat adik ni memandang indah perbuatan yang buruk yang adik lakukan. Walaupun adik ni berpandangan tajam maksudnya berilmu tinggi la....
Memanglah kan, pada mulanya niat adik memang baik, tapi ingat, syaitan itu lagi licik, dia tahu tu di mana kelemahan kita. Dia mau cari sedaya upayanya untuk pastikan adik ni terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, bukan juga sepanjang masa adik sms dia ingat Allah jak, mesti ada masanya tu melayan perasaan dangan dia, betul kan?”
Betul juga kata abang ni, lepas tu aku lawan balik
”Tapi bang, aku sudah janji dengan dia ndak mau jumpa lagi, sebab kalau kami jumpa mesti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju juga. Kiranya kami sama-sama menjaga diri la..
Kalau kami ndak berjumpa, maknanya,kami ndaklah menghampiri zina kan. Betulkah bang?”
“ Emm.. betul tu, adik sudah janji ndak mau jumpa dia lagi, adik sudah dapat mengelakkan zina mata, zina tangan, zina kaki… kalau adik janji ndak mau call dia pula, adik dapat pula elak zina telinga dan zina lidah…
Tapi ingat, ,asih ada lagi zina yang adik ndak boleh elakkan apabila ber’cewek’ ni…
Apa dia?”
“Zina hati?”… aku menduga…
“ Ya betul tu adik, zina hati lah jawapannya. Semua ini sudah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya bagaimana menghampiri zina itu. Adik boleh cek dalam kitab Riyadhus solihin dalam bab larangan melihat wanita.
Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun adik buat, adik tetap ndak dapat lari daripada melakukan zina hati."
Aku pun terdiam…kelu. Ndak tau sudah apa yang mau dicakap lagi. Semua yang abang tu cakap memang tiada salahnya, kemudian dia pun sambung pula….
“ Abang dulu pun pernah ber’cewek’ juga. Lagi lama daripada adik. Mau 3 tahun juga la.. sejak dari sekolah hingga masuk U, tinggal satu tahun jak mau habis. Tapi bila abang sudah tau ber’cewek’ ni salah, aku pun terus tinggalkan. Abang memang target sudah yang dialah bakal isteri abang, yang akan jadi ibu kepada anak-anak abang. Kalau diikutkan lagi masalah abang daripada adik.”
“ Aku risau jugak bah bang, nanti apa pula kawan-kawannnya cakap. Dulu, akulah yang selalu minta tolon dengan dorang supaya rapat dengan si dia. Kalau dorang tau yang aku mau tinggalkan dia, mesti dorang tu ndak puas hati dengan aku. Sudahlah penat-penat dicarikan untuk aku,aku tidak pula mau terima kasih dengan dorang. Aku taku juga dengan si dia, nanti dia ndak dapat mau terima keputusan ini. Sebab kami memang rapat sangat sudah bang.”
Masa tu aku mula sebak sudah. Malu juga la. Sebab waktu tu aku menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tiada orang lain masa tu. Abang tu pun jawab….
“ Kalau kawan-kawannya ndak puas hati dengan adik, apa yang dorang boleh buat? Dorang mau tumbuk kah? Mana boleh perempuan tumbuk lelaki. Paling teruk pun, dorang cakap-cakap jak dibelakang adik. Adik mana ada kurangnya. Lagipun, dalam kita berdakwah ni, kita mau cari redha Allah, biarlah orang mau kata apa, yang penting redha Allah. Kalau Allah ndak redha, semuanya tu ndak bermakna sudah.”
Aku terdiam lagi.
“ Pasal dia lagi, cuba adik fikirkan betul-betul dari sudut positif, mungkin dia akan menerima juga keputusan yang adik buat. Mungkin dia juga buat keputusan ndak mau ber’cewek’ sudah. Abang yakin, dia ndak mau tu buat perkara-perkara yang bodoh yang ndak ada manfaatnya. Kalau dia buat pun, itu bukan tanggungjawab adik juga. Apa yang adik buat ni memang betul,adik meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan disebabkan perbuatan dirinya sendiri.”
Aku ndak dapat tahan lagi. Masa tu aku menangis sudah. Aku sudah sedar yang aku mesti berhenti ber’cewek’. Jelas sudah, ber’cewek’ tu haram.
“ Jadi apa yang aku mau buat sekarang ni bang?”
“ Abang dulu senang jak, hantar satu sms jak dengan dia. Abang bagitahu lah hubungan yang kita bina selama ini salah. Minta maaf. Kita berakhir di sini jak. Tolong jangan cari aku lagi. Lepas tu, abang pun terus tukar nombor. Abang ndak mau dia terus call lepas tu.”
“ Maknanya, aku ndak boleh hubungi dia lagi ka? Tapi bang, aku ada juga kawan perempuan yang lain,tapi boleh call kan?”
“ Itu memanglah boleh dik kalau mau cerita pasal study, ndak apa. Tapi dengan dia ni lain sikit, adik pernah ada sejarah dengan dia ni. Kalau ditakdirkan adik satu university dengan dia, satu kuliah lagi, lepas tu mau buat group discussion, masa tu adik hanya layan dia jak sebagai partner untuk group discussion.”
Tiba-tiba pula aku terfikir
“ Abang ni suruh aku berhenti ber’cewek’ malam ni juga ka? Sekarang ka? Bah, awal juga ni?”
Aku pun mula cakap semula…
“ Aku belum ada kekuatan lagi bah bang. Boleh ka tunggu sampai aku ada kekuatan, baru aku tinggalkan benda ni?”
Aku ingat mau lari sudah dari perbincangan ni. Lalu abang tu pun menjawab..
“ Adik kena ingat, kekuatan itu ndak bloeh ditunggu, tapi perlu dibina. Allah ndak akan mengubah tu keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Adik boleh rujuk surah Ar-Rad, surah 13, ayat 11. Lagipun, adik mau tunggu sampai bila ni baru mau tinggalkan ber’cewek’ ni. Abang-abang fasilitator ni pun pernah ber’cewek’ juaga, tapi bila masuk dakwah sudah, mereka tinggalkan juga.”
Alamak… ndak boleh lari ni…. Aku rasa meman g abang ni mau aku berhenti ber’cewek’ juga malam ni.
“ya bang, semuanya sudah jelas lagi perinci… nampaknya aku mesti tinggalkan benda ni juga. Macam ndak larat mau tekan button handphone ni. Macm berat jak hati ni. Rasa ndak sanggup.”
“Kalau ndak sanggup, marilah abang tolong tekankan.”
“ Ui,ndak apalah bang, biar aku taip sendiri jak.”
Teragak-agak juga mau taip ni, tapi aku kena berani kan diri…
“ Semuanya sudah jelas… buat apa lagi mau tangguh-tangguh. Takut nanti hidayah Allah ni ditarik balik, susah pula nanti aku mau tinggalkan. Kan aku selalu berdoa supaya dijauhkan dari melakukan maksiat… jadi, inilah masanya.”
Lalu perlahan-lahanlah aku taip sms tu…
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita ni salah di sisi Islam. Aku ingat dengan mengubah cara pergaulan kita selama ni, ia sudah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Aku harap kau akan istiqamah dalam meneruskan perubahan yang kau sudah buat, kerana Allah. Aku minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul juga mau hantar sms tu dengan kau. Aku masih ndak mampu untuk ucap selamat tiggal. Sebab itulah, dalam sms tu aku hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..aku pun tekan juga button [send] tu.
Lepas tu tertera pula di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu aku rasa macam separuh hidupku sudah hilang. Macam ndak percaya..saya sudah hantar 1 sms, dan berhenti ber’cewek’ dengan kau..
"Terima kasih bang.."
"Ndak apa, sudah tanggungjawab abang untuk menegur kesalahan.."
Malam tu aku tidur dengan linangan air mata..ndak sangka begini ceritanya..mmg ndak disangka..aku memang ndak pernah terfikir mau clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba aku teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. aku terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha mau lupakan awk, bukan senang,tapi aku terus cuba. aku selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Aku bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ada jgk yg stuju..tapi ndak kisahlah tu semua..
Tiba-tiba satu pagi ni, aku dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Aku rasa awak masih ndak dapat lupakan aku. aku pun fikir.."Aku mesti tegas ni rasanya". Lepas tu aku hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tidak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..aku tahu, dulu aku cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Aku dah buat keputusan.
Aku pasti apa yang aku buat ni betul.
Aku yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untukku.
Aku takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .
