Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk mu ya Allah..
Tuhan sekalian alam..
Pada hari jumaat 2 minggu yang lepas, saya dapat juga mendengar khutbah jumaat yg disampaikan oleh ustaz Idris, penasihat agama UiTM.... lama juga tidak mendengarkan khutbah beliau.. saya begitu tertarik ketika mana ustaz idris memberikan khutbah... kelantangan suaranya menyebabkan bergetarnya gegendang telinga...
Beliau lah yang saya nanti-nantikan untuk memberi khutbah... setiap kata-kata beliau tertusuk didalam hati ini.. penyampaian beliau juga menyebabkan saya sepenuhnya mendengar khutbah jumaat hingga akhirnya..
khutbah jumaat yg menekankan tentang masalah sosial yang berlaku di Malaysia semakin rumit...
setiap tahun, kes masalah sosial ini terus meningkat dengan mendadak...
perbezaan statistiknya sgt jelas skali...
terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini..
menurut kajian yg disampaikan oleh ustaz Idris, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya masalah sosial tersebut..
lihat sahaja di IPT, manusia yg plg rapat dgn kita adalah rakan kita..
terpulang kpd kita sama ada mau memilih rakan yang baik ataupun rakan yang inginkan kebebasan..
yalah, kalau dulu di sekolah mahupun di matrikulasi, kita masih lagi ada sekatan-sekatan yg perlu diikuti..
peraturan2 dan sebagainya....namun ianya berbeza sekali di IPT, kita mmg bebas... nak buat apa pun bleh...
nak keluar malam,pun boleh...apa2 pun boleh..
Marilah sahabat2, carilah teman yg mampu memandu kita ke jalan yang diberkati Allah...
insya-Allah... agar hati kita ini sentiasa dilontarkan dengan nasihat2 agama yg baik.. kerana agama itu adalah nasihat...
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.