Selasa, 4 Januari 2011

AKU SUDAH GRAD...ALHAMDULILLAH..

Menghirup udara dengan suasana yang sangat tenang sudah tentunya di masjid Allah. Mencari kedamaian yang sungguh mengasyikkan pada jiwa hamba-hambaNya. Merasakan diri ini sangat dekat dengan sang pencipta,Allah s.w.t untuk meluahkan segala perasaan dari lubuk hati atas kejayaan yang diberikan mahupun penyesalan dosa yang dilakukan. Demi mengharapkan doa didengari dan dimakbulkan oleh yang Maha Mendengar...

Di dalam Masjid Pusat Islam, kelibat 2 orang pemuda yang sedang beribadah kepada Allah. Salah seorang pemuda tersebut sedang memegang Quran Terjemahan sambil menghayati dan mentadabburi ayat-ayat Allah. Dengan hati yang khusyuk, dengan hati yang tenang mengingati Allah.

Di tepi kanan dalam ruangan solat lelaki pula, seorang lagi sedang meletakkan kepala di atas sejadah, merasakan sungguh nikmat dengan sujudnya. Ingin meluahkan rasa hati yang terpendam selama ini. Kerana sujud itu juga mampu merasakan dekatnya dengan yang maha kuasa, Allah S.W.T. Pemuda itu sujud selepas sahaja menunaikan solat sunat ba’diah zuhur.




Almaklum, kedua-dua pemuda itu adalah sahabat yang telah lama mengenali antara satu sama lain. Mereka merupakan sahabat sejati. Ukhwwah mereka sungguh kuat dengan ikatan akidah. Dari mula mereka belajar bersama sehinggalah tamat belajar.

“Amin, aku nak tanya sesuatu ni?”

“Ya Iman,tanyalah”

“Setelah selesai menghayati terjemahan Quran tadi, aku mula perasan yang kau mengambil masa yang lama untuk sujud,kau berdoa ke?”

“Ya Iman.. Aku sujud tu sebabnya aku sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepada aku semenjak menyambungkan pengajian di UiTM ni...Aku berdoa agar mendapat kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat..Moga-moga ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat untuk masyarakat di masa hadapan...”

“Amin ya rabb...Moga-moga doa kau dimakbulkan oleh Allah...kiranya kau buat sujud syukur la tadi”

“Ya Iman.. begitulah islam mengajarkan umatnya untuk sentiasa bersyukur kepada pemberian nikmat Allah..sama ada nak buat kenduri kesyukuran, berdoa mahupun sujud syukur...terpulang.. yang pentingnnya, kita nak memuji dan membesarkan Allah s.w.t atas nikmat yang diperoleh. Betul tak Iman?”

“Betul,betul,betul...yalah,kalau kita tengok dan perhatikan mahasiswa barat, apabila sahaja tamat belajar, mereka akan mencari sesuatu yang dapat menghiburkan diri mereka...Menurut media massa, keseronokan yang mereka cari itu adalah dengan pergi ke kelab malam, minum arak, buat parti yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. yang sudah tentunya membawa kepada berlakunya maksiat..walaupun mereka mempunyai agama, tetapi mereka abaikan”

“Betul tu Iman..itulah yang kita sangat takutkan,bila mana mereka sudah mula menyebarkan keseronokan itu kepada mahasiswa di seluruh dunia terutamanya negara kita...mereka ingin menyampaikan ideologi pemikiran mereka...tamat belajar saja,mereka akan pastikan ada parti bersama dikalangan mahasiswa..menjadikan pergaulan antara lelaki dan perempuan itu sebagai biasa saja.. agama pula tidak jadikan sebagai pegangan”

“Sebab itulah Amin,kita patut menyediakan pertahanan minda yang kukuh daripada serangan mereka tu...kita mesti tanamkan nilai-nilai islam yang mantap..sebagai seorang muslim, bukanlah kita nak menghiburkan diri kita ini dengan keseronokan –keseronokan tersebut, tetapi, hiburan orang islam adalah dengan mengingati Allah...baca al-Quran, berdoa, solat, sujud syukur dan banyak lagi...sungguh indahnya islam..sungguh tenangnya hati ini”

“Ya..Islam is the way of life..Jom Iman..kita teruskan berdoa kepada Allah agar kita menjadi graduan yang terbaik untuk ummah..bukan untuk graduan dunia saja malah menjadi graduan yang dinaungi oleh Allah di akhirat kelak..”

“Amin ya rabb..moga diperkenankan doanya...Ya.. jom merebut GRADUAN TERBAIK DI AKHIRAT!!!”