Ahad, 29 Mei 2011

AF ni yang sangat penting...

Di tengah-tengah kota raya, jelas kelihatan orang ramai sedang sibuk dengan hala tuju masing-masing. Ada yang sibuk dengan urusan jual beli, tawar-menawar harga barang dan ada juga yang sedang berpusu-pusu untuk menaiki bas. Saat itu, Aris sedang menunggu bas untuk pulang ke Taman Mesra. Masa perjalanan ke rumahnya pula sangat panjang sehinggakan mengambil masa yang lama yang dianggarkan sejam bahkan lebih lagi.


Sambil menunggu bas, Aris kemudian membuka zip beg untuk mencapai Quran terjemahan yang dihadiahkan oleh abangnya, Daus. Tanpa membuang masa, dia terus mentadabburi ayat-ayat indah Allah s.w.t dengan suara yang hanya mampu didengarinya seorang saja. Di perhentian bas tersebut pula, kelibat seorang lelaki asyik memandang dan berasa hairan dengan kelakuan Aris. Beberapa minit kemudian, Aris pun menghabiskan bacaan Qurannya. Lalu lelaki itu menegur si Aris.

“Adik baca buku apa tadi?”,tanya lelaki itu.
“Assalamualaikum bang”,Aris mengukir senyuman.
“Waalaikumussalam”
“Saya baca quran tadi bang,untuk mengisi masa yang terluang ni agar ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya”
“Ooo..tapi quran kamu lain lah..biasanya Quran kan saiz besar,tapi Quran kamu tu saiz kecil..Quran terbaru ka?”
“Ya bang..Quran ni memang saiz kecil dan baru lagi di pasaran Sabah,kalau di semenanjung tu memang banyak sudah di pasaran..selain itu bang,Quran kecil ini juga ada terjemahan bahasa melayu, mudah untuk kita memahami maksudnya”
“Bagus juga ya Quran ni..kecil dan ada terjemahan pula...boleh saya tengok kejap?”
“Boleh bang” Aris memberikan Quran terjemahan itu..



“Memang baguslah Quran ni..Abang memang tidak pernah melihatnya sebelum ni..saya kagum dengan kamu, kamu dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya, tapi kan, saya dengar kalau kita hendak membaca quran,kita mesti ada wuduk.. kamu pula ni ada wuduk ka baca quran?”
“Ada bang, saya baru saja selesai menunaikan solat asar,setiap kali wuduk, saya akan kekalkan wuduk saya..supaya nanti, boleh lah baca quran”
“ooo...macam tu..bagus lah kamu ni... abang tertarik dengan sifat kamu”
“Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah...sebenarnya bang,sebagai seorang muslim,kita patut bangga dengan nilai islam yang ada pada kita ini...dan, dengan islam la umatnya menjadi umat yang terbaik, bertingkah laku sopan, tolong menolong sesama muslim...di zaman moden ni,sudah banyak kita melihat keruntuhan nilai-nilai islam pada remaja muslim sekarang...kalau ditengokkan peratus kaum yang paling ramai terlibat dalam gejalah sosial adalah kaum melayu islam.. itu sangat memalukan bang...sewajibnya kita perlu berbangga dengan nilai islam kerana islam merupakan cara hidup yang menyeluruh..oleh itu bang,saya sentiasa mengingatkan dan menguatkan AF yang ada pada diri ni”



“Apa adik cakap tadi? AF? Akademi Fantasia ka dik? Bukan ka AF tu salah satu hiburan yang melalaikan remaja muslim.”
“Ya bang.. saya sokong abang..tapi yang saya maksudkan bukannya Akademi Fantasia tetapi Akidah Foundation (Asas Akidah)...itu yang penting bang.”
“oooo..Akidah Foundation..ingatkan Akademi Fantasia tadi”
“Bang, cuba kita teliti sirah nabi Muhammad dan para sahabat dengan baik...ketika itu para sahabat mempunyai asas akidah yang mantap...mereka mempercayai dengan yakin bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam dan mengakui kewujudan syurga dan neraka.. Sebagai contoh, Bilal bin rabah, walaupun disiksa dengan begitu hebat sekali di tengah2 padang pasir, namun, dengan AF yang kuat, Bilal tidak menyerah kalah dengan kehendak tuannya untuk kembali murtad...walaupun para sahabat ketika itu dijanjikan dengan tawaran2 yang lumayan....Begitu hebat sekali Asas akidah mereka..SubhanAllah..”



“Yalah dik..Abang pun teringat ketika saya belajar di sekolah dulu..Ustaz selalu menceritakan kisah sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Bilal dan lain2..tapi saya selalu jak lupa untuk kembali mengamati kisah2 mereka...”
“tak apa bang...yang penting abang masih lagi mampu untuk mengingati nama-nama para sahabat...itupun dah kira baik..Alhamdulillah..yang merisaukan kita sekarang adalah remaja muslim kita bang, mereka tidak lagi mengenal para sahabat..yang mereka kenal para pemain bola sepak, artis-artis, kartun...kita tidak patut salahkan mereka, yang penting kita bersama membantu mereka untuk kembali kepada AF (Akidah Foundation) yang mantop ini”
“Betul tu dik..Abang mula sedar...kita mudah mengingat nama2 pemain bola daripada nama2 sahabat nabi..setahu abang, banyak lagi nama sahabat nabi yang saya tidak tahu..sebenarnya, mereka lah yang perlu dijadkan contoh dalam kehidupan kita..”

“Memang betul tu bang...kita perlu jadikan mereka sebagai contoh yang perlu diteladani oleh remaja muslim saat ini...ajarkan mereka tentang kehidupan islam yang menyeluruh..insya Allah kita akan berjaya dunia dan akhirat..”
“Amin..”
“Oklah bang, bas saya pun dah sampai tu..kejap bang..” Aris membuka zip begnya...“Buku ni saya hadiahkan untuk abang..abang boleh la baca nanti ya, buku ni sangat bermanfaat..”
“Kisah para sahabat...bagus buku ni...tapi dik,buku ni baru lagi la..adik sudah habis baca ka?..”
“Tak habis lagi bang...baru sebahagian ja..abang jangan risau,nanti saya beli yang lain..buku ni untuk abang sebagai tanda saya berterima kasih kepada abang kerana menemani saya berbual..”
“Terima kasih ya dik..semoga hidup adik diberkati dunia dan akhirat..”
“Amin...kita doakan bersama ya bang...dalam buku tu ada nombor telefon saya, klu ada apa2, telepon ja..ok bang..jumpa lagi...Assalamualaikum...”
“Walaikumussalam....”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan