Khamis, 1 September 2011
HIBURAN HATI KINI DAN SELAMANYA
Di dalam menjalankan tugas sebagai seorang site engineer, amin perlu memastikan kerja-kerja pembinaan mengikut spesifikasi dan menepati kehendak lukisan plan. Walaupun dalam keadaan panas, amin tetap dengan tugas yang diberikan ditambah lagi berada dalam bulan yang diberkati Allah yakni ramadhan al-mubarak. Dia tidak mengeluh dan mencari-cari alasan untuk tidak berpuasa kerana dia mengakui bahawa kerja yang dilakukan olehnya adalah satu ibadah yang mampu mendidik jiwa bahkan amalan ikhlas itu akan diberikan ganjaran pahala yang berlipatganda...dia sangat yakin.
Sewaktu amin pergi meninjau keadaan tapak, dia ternampak seorang pekerja indonesia sedang tekun menyusun batu bata untuk membuat pagar dinding. Apa yang menghairankan amin, ditelinga pekerja itu disumbat dengan earphone. Amin mengetahui bahawa pekerja indonesia itu sedang syok dengan hiburan yang dimainkan oleh telefon bimbitnya. Lalu amin pun menyapa pekerja itu..
“ Assalamualaikum, Mos...” . Mos tidak dapat mendengar ucapan salam Amin.. Amin pun menyentuh bahu pekerja itu..
“ Assalamualaikum, Mos...”
“ Waalaikumussalam, Pak..”
“ Khusyuk kamu Mos..sampai tak dengar salam saya tadi..”
“ Maaf pak.. saya nggak bisa dengar...”
“ Memanglah kamu tak dapat dengar sebab kamu tengah seronok dengan telefon bimbit kamu tu..Macam mana kerja waktu puasa ni? OK tak?”
“Boleh la pak..kerja saya ni pun nggak berat sangat..susun batu bata aja..boleh tahan sikit-sikit”
“Alhamdulillah, moga kerja kamu yang ikhlas ini dapat melipatgandakan pahala amalan puasa kamu, ya Mos..”
“Amin pak..doakan ya..”
“Mos, tadi kamu dengar apa ye? Khusyuk betul la tadi..”
“ Oooo..saya tengah dengar sesuatu yang dapat menghiburkan hati saya Pak...ibu saya selalu pesan, selalu la dengar alunan-alunan yang merdu ini agar hati saya menjadi tenang..memang
sangat mengasyikkan..”
“ Apa alunan yang merdu tu Mos? Lagu madura ke? Macam best je..”
" Alunan merdu yang saya dengar itu adalah alunan-alunan Al-Quran pak.. alunannya sangat menghiburkan jiwa saya..hati saya pun nyaman”
“ Subhanallah, yang kamu dengar tadi tu bacaan Quran la..mantap kamu Mos..”
“ Biasa-biasa aja Pak.. Sambil-sambil kerja di bulan puasa ni ada juga la dengar bacaan Quran.. Dapat la juga saya manfaatkan masa dengan baik..betul tak Pak?..”
“ Betul,betul,betul...bukan orang yang baca Quran je dapat pahala, orang yang mendengar bacaan pun dapat pahala gak.. kamu dengar bacaan siapa? Mishary ke?..”
“ Bukan pak..saya dengar bacaan quran daripada peserta majlis tilawah quran antarabangsa.. peserta itu datang dari negara saya... saya suka dengar bacaan dia... ada tarannum dan lagu..”
“ Ooo..kamu pandai tarannum ke?..”
“ Boleh la sikit-sikit pak.. saya belajar dengan pak kiai di kampung..”
“ Oooo..nanti boleh la kamu ajar saya ye..”
“ Boleh..insyaAllah..”
“ OK lah Mos.. teruskan dengan kerjanya.. saya nak ke sana..nak tengok kawan kamu pula.. ok.. bulan puasa ni,doakan untuk saya ye..”
“ insyaAllah pak..doakan bersama...”
# Alunan al-quran...itulah hiburan hati..apabila kita mendengarnya, hati merasa sangat tenang... seolah-olah hati ini hidup dengan cahaya kebaikan..amin..moga-moga kita teruskan momentum bacaan Quran..
Dengarkanlah... http://www.youtube.com/watch?v=qcqFWr6h4qc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan